Monday, September 20, 2010

Senang bile anak dah pandai buat keje umah

Dia bagi sepah lantai...dia mop sndri...
kan elok klu dah besar pon camni...senang keje ibu

Sunday, September 19, 2010

megi sizzling~ nyum!nyum!

dah lama da sebenarnya nak share benda ni dlm blog...tp tak ter-upload².
suka sgt makan sizzling..pehtu aritu pon buatlaa.tp tak jumpa yee mee (sbb tu jadi megi) hehe!
ok laaa tp takleh buat banyak ngat.tak terlarat nak makan.rasa puas bila makan hasil tangan sndri.walaupun tak hebat mana...tp still jadi.kira bolehlaa lepas nak bagi makan anak².syok tolla!
                     baru masukkan telur ni.tak sesbr anak masa ni nak makan..bau da naik
                                 masa ni dah masukkan mee n sayur.ish..meleleh air liur!       
                                             
                       dah siap..walaupun rupa tak menarik tp rasa mmg puas ati dah!

ni resipi yg dapat dlm internet...mmg simple dan senang nak buat....

MEE SIZZLING

Bahan-bahan ( 2-3 org makan )

  • 2-3 sanggul (gulung) yee mee  tapi sy guna mee segera sbb tak jumpa yee mee 
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

musim open house

da stat da musim ni..rezeki mmg murah!
ade je open house di sana-sini.pergi kat mana yg termampu...
tahun ni pon buat gak makan²..untuk kawan² sanak sedara yg sudi bertandang.
seronok walau penat...puas rasa dihati dapat berjumpa ngan rakan² lama..
walaupun juadah tak seberapa..xde ayam golek,takde kambing panggang, takde makanan yg mewah²
namun terima kasih tak terhingga kepada semua yg hadir..ada rezeki boleh buat lagi.

*p/s : pic akan diupload kendian sbb line cam ampess!

Thursday, September 16, 2010

hari malassSSs sedunia

well...officially hari ni adalah hari malas sedunia..suma org malas nak dtg keje..
opis ni da macam idup segan mati tak mo.(termasuk ngan org yg tgh naip nie..huhu!)
antara² sebab musabab kenapa arini adalah ari malas sedunia (ant yg smpat aku pikir td) :

1. semalam da cuti jadi mood cuti masih melekat lagi dalam otak kita..otomatik kira pon rasa arini ari cuti.sebb esok da cuti lik!(aku la tu..kene keje)
2. pagi ni cuaca lembap-lembap manja gitu...jadi, otomatik-nya kita pon jadi "lembap"  juga...slow mo je pergerakan arini..(mayb tindakan refleks dlm diri kot)
3. otak mmg asyik pikir cuti...cuti...cuti je! mmg laa malas keje!!
 
jd...itu laaa antara penyebab² yg kurasakan logik di pikiran ni..    (-.-'')

Wednesday, September 15, 2010

Pengalaman menggunakan BIOZONE

sy nak cerita ttg pengalaman diri saya sendiri:
sblum ini, klu kereta saya pasang air-cond,  saya mudah merasa pedih terutama di bahagian hidung dan mata. tapi, sejak sy dah pasang biozone ni kat kereta saya, mmg sy dah tak rasa pedih di bhgn hidung dan mata.

lagi satu...apa yg saya suka sgt bila dah pakai biozone ni, bau busuk atau masam disebabkan air tumpah(biasalaa kan..anak²), mmg dah tak jadi masalah da...takkan ada bau busuk.malah klu kata kita masuk keta ada bau masam, just pakai je biozone, dalam tempoh 2 minit,bau tu akan hilang.

dan baru² ni sy balik beraya, makan nugget dalam kete, biasanya klu nugget ni akan berbau kan dalam kete(alaa bau nugget yg digoreng), tp dgn biozone,tiada pon bau kecuali bau udara yg segar!!
salah satu kelebihan biozone ni, ia tak perlu penyelenggaraan dan ia boleh tahan untuk  *5 tahun (klu dalam sehari kita gunakan selama 5jam).

biozone juga elok untuk kita yg sering perjalanan jauh kerana ia juga boleh mengurangkan rasa mengantuk.
pendek kata mmg berbaloi untuk dibeli kerana selain dari produk yg cukup hebat..ia juga value for your money. hanya RM175 je cmpare dgn produk lain di pasaran yg harganya bermula dr RM3XX.

malah..klu kita kira campur tolak bahagi...kos yg kita keluarkan untuk membeli pewangi kereta  bagi tempoh 5thn* adalah lebih daripada RM 175. jadi mana yg lebih untung?
smbil² kita menjaga kesihatan kita sambil kita boleh berjimat...

Tuesday, September 14, 2010

GO GREEN with BIOZONE CAR STERILIZER

BAGAIMANA BIOZONE CAR STERILIZER MENGHASILKAN UDARA BERKUALITI DI DALAM KERETA?
·        Menyingkirkan VOC, bau tembakau, bau haiwan peliharaan dan bau automoil
·        Membasmi bahan-bahan pencemar biological(bakteria)
·        Menyegarkan udara dalam kereta

KELEBIHAN BIOZONE CAR STERILIZER :
·        Selamat (penghasilan ozon tidak melebihi 0.03 ppm)*
·        Ringan
·        Mudah digunakan
·        Menggunakan teknologi ‘cold Palsma’ Jepun yg :
·        Menghasilkan ozon pada tahap yg tetap
·        Tidak menghasilkan bahan-bahan sampingan (nitrogen oksida)
·        Tanpa penyelenggaraan
·        Mesra alam
*US FDA menetapkan tahap maksimum ozon yg dibenarkan pada 0.05 ppm


Harga bg BIOZONE adalah RM 175.00 (including postage)
Penghantaran hanya di sekitar kawasan Putrajaya, Semenyih dan kompleks Dayabumi (KL)

                        kecil dan kiut je...sesuai utk anda yg tak suka gadget yg gedabak

in-car air pollution

Kita menghabiskan lebih masa di dalam kenderaan jika dibandingkan dgn masa dulu. Namun, adakah persekitaran dalam kereta kita selamat?
Mengikut laporan In- Car Air Pollution daripada International Center for Technology Asessment (CTA), tahap pencemaran udara dalam kereta mungkin jauh lebih serius daripada udara di luar. Bahan –bahan pencemar berbahaya dalam kereta termasuk bahan organic meruap (volatile organic compounds, VOC) , yg terdiri  drpd benzene, toluene, xylena, formaldehid dan sebagainya. VOC  memberi kesan seperti memedihkan mata, hidung, kerongkong, peparu dan mengancam kesihatan. VOC juga hadir dalam kereta baru kerana penggunaan gam, cat , vinil dan plastic dalam kereta (sumber: Hidden Poison in New Cars, Utusan Konsumer Nov-Dis 2005)


APA YG BOLEH ANDA LAKUKAN UNTUK SELESAIKAN MASALAH INI?
Jawapan untuk penyelesaian masalah anda adalah
UNIT PENYEGARAN UDARA AKTIF  IAITU :
BIOZONE CAR STERILIZER
Ia menyingkirkan agen pencemar biological dan kimia yg hadir dalam kenderaan. Unit ini menggunakan teknologi ‘Cold Plasma’ yg menggabungkan penghasilan ion dan ozon. Ia menukar oksigen ( O2 ) kepada ozon ( O3 ) yg kembali menjadi oksigen setelah menyingkirkan bahan-bahan pencemar.
Kebanyakan daripada kita menggunakan TEKNOLOGI PENYEGARAN UDARA PASIF   atau lebih dikenali sebagai penyegar udara untuk memperbaiki kualiti udara dalam kenderaan tanpa mengetahui kesan-kesan sampingan. Ini kerana, Teknologi penyegaran udara pasif biasanya memerangkap debu dan partikel-partikel.

puasa 6 + puasa ganti..(hihi... ^,^ )

arini baru genap 3 hari aku berpose di bulan syawal ni...tp dugaanyer jauh lebih mencabar dr bulan ramadhan lepas. klu bulan ramadhan takde laa plak rasa nk tido time rehat. tp kali ni,asal time rehat je....mata bagai di gam² lak! padahal aku ni kategori org yg mmg payah nak tido tghari di opis(kat umah tak diambil kira yer). cuaca lak rasa panasss ssesgt(tp tak tau laa klu aku sorg yg rasa camtu kan). kul 4ptg panasnya cam kul 12 tghari rasanya.pedih muka n kulitku yg tak brapa melepak ni.(makin gelap lagilaa kulit)

letih dier plak...aduyaiiiii.!! cam buat keje buruh binaan lak..pelek tolla.
masa bulan pose aritu skitnyer bertenaga lagi..siap leh gi sopping, gi jlan sana-sini, balik masak lagi.
tp....bulan ni, lembik semacam je badan.hurmmm...apa nak buat.myb suasana tu tak sama cam bulan pose, jadi kekuatan pon tak sama laa..sana sini ada org makan.(itu yg lemah tu kot)

cepat² laa abih pose ni..ada lagi 5 hari lagi nak tempuh..tak sabar rasa nak ' raya'!

apekehallll??

nape yer kat mane² tempat keje kat dunia ni..mmg suma ada org² yg camni ke?
tak tau laa org lain..tp kat cni..datang keje boleh lak bersembang²..siap leh buat group plak tu..hehe! datang awal...tp tak buat keje...
kul 8 masuk keje, minum dulu dah dekat sejam lebih..kita setel minum suma dalam kul 9lebih a.m.pehtu......peyut pon dah kenyang jd time for "gossiping".bersembang lak tak hengatt.. ting!tong!ting!tong!jam dah kul 12.00tghari...peyut pon berbunyi meminta² utk diisi...jadi...gi lak kuar mencari makanan untuk peyut yg sudah pon berbunyi riang..kul 1.00(the exact time tuk rehat), masa tuk tido tghari...kreohhh!krooohhhh! tup!tup! da kul 2.30 ptg.solat zuhur.(gi toilet, basuh muka, gosok gigi, tenyeh muka,pakai bedak, sikat rambut, lilit tudung) setel suma dlm kul 3.00-3.15ptg. baru laa tangan nak tekan keyboard nak mula keje..(lagi 1jam setengah je lagi nak baih waktu keje). kendian leh lak berbunyi tak smpat masa nak buat keje...keje banyak laa padahal......
camne lak camtu ye?
jadi...sebenarnya itulah jawapan kepada penurunan produktiviti dikalangan pekerja yg berkerja di pejabat tak kira laa sektor awam ke swasta..

aidilfitri dah berlalu...

raya dah pon lepas...tp biasalaa kan..org kita,org melayu.sebab puasa sebulan(bulan ramadhan) raya pon nak sebulan.ish!ish!ish! padahal raya aidilfitri hanya pada 1 syawal.
urmmm...tp skang ni dah macam trend laa plak!
raya selagi blom abih bulan syawal, selagi tu dok kejar ke raya..(smpaikan kekadang dah abih bulan syawal pon ader lagi org duk buat open house raya.camne tue?)
ngan umah terbuka disana disini.. bukan nak kata buat umah terbuka tu tak bagus...
bagus sebenarnya buat umah terbuka tu...terutama skali klu kita buat open house meraikan anak² yatim, ibu² tunggal,, penghuni rumah² org tua.
tapi sayangnya..kebnyakkan org skang ni buat open house lebih kepada berlumba² nak tunjuk open house sape lebih hebat.(arap² diriku ni tak jdi camtu gak)

apa² pon..beraya ni biasanya yg seronok bebudak laa kan? gi beraya satu kampung umah ke umah, dpt wet raya,makan kueh raya, coklat raya..main bungapi, dapat baju raya..kasut raya(anak² ku laa tu)
bagi org dewasa lak...seronok pasal pe ye?of course laa balik kampung...leh makan lomang!ketupat! dsb.tp ader gak dah tue² ni tak paham² bahasa...klu raya je tak sesabar nka main mercun(baguslaa tu sgt ek!jadi role model kat bebudak).meriam buluh laa..ish!
tp takpe laaa....janji semuanya hepi bila raya...n yg penting tak membazir terlampau..nanti ader lak yg makan mee megi peh raya.hehe~


diri ini terpikir².......

diri ini terpikirĀ².......