Saturday, August 15, 2009

SejeNak rEnUnGan~

AKHIRNYA BIJI BENIH ITU DIMAKAN AYAM

Dua biji benih jatuh ke tanah yg subur.

Benih Pertama berkata : “ Aku nak tumbuh dan membesar. Aku mahu julurkan akarku jauh ke dalam bumi dan tubuhku memanjang menolak tanah hingga keluar ke permukaan bumi. Aku mahu rasai kehangatan cahaya matahari dan kedinginan titisan embun di pagi hari yang berjatuhan ke kepolak bungaku.”

Dan biji benih itu terus tumbuh lalu membesar menjengukkan mukanya melihat dunia dan merasai dinginnya titisan embun .

Benih kedua (yang jatuh pada hari yg sama dgn benih 1) berkata :
“ Aku TAKUT. Kalau aku julurkan akarku ke dalam bumi, aku tak tahu apa masalah yg bakal menimpa di tempat yg gelap itu. Kalau aku menolak-nolak tanah yg keras di atas tubuhku, mungkin aku akan mencederakan batang tubuhku sendiri.”
“ Apa akan jadi kalau aku buka kudupku, tapi kemudian di makan cacing? Kemudian bila aku kembangkan kuntuman bungaku yg mekar, tiba² dtg seorang budak nakal yang memetikku. Ah, menyusahkan!! Tidak, aku tidak mahu tumbuh sehingga keadaan benar² selamat.”
Biji benih itu terus menunggu hari yg difikirkan sesuai dgn perasaan takut dan ragu². Tiba² datang seekor ayam mengais-ngais tanah. Haiwan itu terus mencatuk biji benih berkenaan kerana terlalu lapar.

Dari cerita td, Pernah anda fikirkan yang selama ini..di dlm kehidupan anda sndiri,pernah terjadi kejadian yang sama? Kita lebih takutkan kepada perubahan itu sendiri dan selesa berada dalam keadaan yang sama biarpun berpuluh tahun lamanya daripada mengambil langkah pertama yg akhirnya akan terus mengorak langkah² kejayaan dan kemajuan dlm hidup!!


Jangan biarkan perkara ini terjadi kepada anda, kita harus lebih berani untuk menghadapi hari mendatang..dan bukan hanya gentarkan dugaan yang dtgnya hanya sekali lalu, sedangkan setelah berjaya,dugaan itulah pemanisnya!

No comments:

Post a Comment

diri ini terpikir².......

diri ini terpikir².......